Kehadiran sedunia CIMB

Bank CIMB di Melaka.

Kumpulan CIMB mempunyai asal-usulnya sebagai sebuah bank pelaburan perdana dan sebuah bank pengguna dengan rangkaian yang terbesar setempat. Ibu pejabat Kumpulan CIMB terletak di Malaysia dan hadir di beberapa buah negara. Kumpulan CIMB kini telah menjejaki Singapura, Thailand, Indonesia, Vietnam, China, Bahrain, AS dan UK.

Pada 22 November 2006, CIMB melaksanakan sebuah cawangan yang lengkap di Kota Kinabalu, ibu negeri Sabah, untuk menyediakan perkhidmatan perbankan pengguna, perkhidmatan perbankan pelaburan, dan perkhidmatan perbankan Islam.